Thursday 2 February 2012

LATIHAN 4

KEFAHAMAN:
Arahan: Baca potongan karangan di bawah ini dengan cermat, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Cerita : “Beruntung Mempunyai Anak-Anak seperti Mereka”

Cik Gayah mempunyai empat orang anak. Yang sulung berumur lima belas tahun dan yang bungsu berumur tujuh tahun. Suami Cik Gayah belayar kapal.

Pada suatu hari, Cik Gayah telah jatuh sakit. Doktor menasihatkannya supaya berubat di hospital. Cik Gayah tidak mahu pergi ke hospital. Dia bimbangkan anak-anaknya. Suaminya sebulan lagi baru pulang.

Kata Rohana, anak Cik Gayah yang sulung, “Emak patut ikut nasihat doktor. Emak jangan bimbangkan adik-adik dan Hana. Hana akan menjaga mereka dengan baik.”

“Ya, mak. Kami hendak emak lekas sembuh. Hani akan bantu Kak Hana menjaga adik-adik dan mengemas rumah,” kata Rohani, anak Cik Gayah yang kedua.

Akhirnya, Cik Gayah bersetuju untuk berubat di hospital. Sebelum dia pergi, dia berpesan kepada jirannya, Cik Mariam, untuk tolong tengokkan anaknya.

Ketika ibu mereka berada di hospital, Rohana membahagikan kerja kepada adik-adiknya. Rohana sendiri pergi ke pasar dan memasak. Rohani pula mencuci dan menggosok semua pakaian. Adik-adiknya yang lain membantu mengemas rumah.

Bila anak-anaknya datang melawatnya di hospital, Cik Gayah bertanya “Bagaimana keadaan di rumah?”. Jawab anaknya yang bungsu, “Baik. Rumah bersih kerana Aton tolong sapu. Kak Hana masak sedap.”

“Ya, Cik Gayah. Saya lihat anak-anak Cik Gayah tahu bekerja dan menjaga diri mereka. Beruntung Cik Gayah mempunyai anak-anak seperti mereka,” kata Cik Mariam yang juga datang melawatnya.

Cik Gayah berasa gembira mendengar cakapan jirannya itu.


Jawab soalan-soalan di bawah ini:-

1 Berapa ramai dalam keluarga Cik Gayah itu?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________


2 Siapakah nama-nama anak Cik Gayah?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3 Berapakah umur anaknya yang bernama Aton?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

4 Mengapa Cik Gayah tidak mahu pergi ke hospital?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

5 Siapakah yang menjaga adik-adik dan mengemas rumah?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment